Saturday, 15 October 2011

Wajah kesayangan hamba

Maaf, lama dah tak update blog ni sebab tengah kumpul gambar-gambar yang diambil semasa kem LINUS lepas. Sebelum itu saya nak ceritakan sedikit tentang program Linus kerana saya rasa ramai lagi yang masih belum memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan LINUS.

Pengenalan Literasi dan Numerasi sebagai sub-NKRA
  • Semua murid akan boleh menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mendapat pendidikan rendah sebelum berakhir tahun 2012
  • Bagi murid berkeperluan khas-meliputi murid-murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, masalah kepelbagaian deria dan masalah fizikal. Kurikulum yang khusus telah dibina bagi murid-murid berkeperluan khas ini.
Apa itu Program Linus


LINUS ialah akronim bagi "Literacy and Numeracy Screening". Linus merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murd memperolehi kemahiran asas literasi dan kemahiran asas numerasi semasa ditahap 1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Bagaimana Program LINUS berbeza dari program-program sebelumnya.
  • Program akan berfokus kepada intervensi awal ( Tahun 1 - 3 ) untuk literasi dan kemahiran numerasi. Program intervensi yang lalu hanya berfokus kepada kemahiran literasi (KIA2M), pada murid tahun 4 - 6 (Protim)
  • Mengurangkan kadar guru pemulihan kepada 1 guru : 15 murid daripada kadar sekarang yang hanya 1 guru untuk 1 sekolah.
  • Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitator berdedikasi dikenali sebagai (Fasilinus) ditempatkan di semua PPD. 1 Fasilinus = 30 buah sekolah.
  • Pengurusan dan penyeliaan didesentralisasi ke Pejabat Pelajaran Daerah dan dipantau oleh Jemaah Nazir. Sebelum ini perkara ini tidak dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Guru terbaik kini ditempatkan pada Tahun 1 dan 2 iaitu semenjak dari Program Linus ( bukan hanya di kelas peperiksaan iaitu tahun 6 sahaja).
  • Guru pemulihan LINUS tambahan akan ditempatkan di sekolah untuk membantu mengatasi masalah pemulihan LINUS di sekolah.
Faktor-faktor Utama Memastikan Kejayaan LINUS

  • Guru pemulihan LINUS ( 1:15 murid ).
  • Mewujudkan jawatan FasiLINUS di PPD ( 1 : 30 sekolah ).
  • Semua sekolah mesti menyertai Program LINUS ini.
  • Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan latihan pra-perkhidmatan.
  • Pemantauan berterusan oleh pihak KPM/JPN/PPD/SEKOLAH
Definisi asas Literasi dan Numerasi Program LINUS

Asas LITERASI
  • Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk ( menggunakan kata hubung ) dalam Bahasa Malaysia dan mampu menggunakan perkataan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
Kemahiran:  keupayaan membaca, menulis dan mengira.
Tahun 1     : minima 500 perkataan mudah dan ayat tunggal yang mudah.
Tahun 2     : minima 800 perkataan mudah yang selalu digunakan. Ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
                   kata hubung.
Tahun 3     : minima 1000 patah perkataan mudah. Ayat tunggal dan ayat majmuk dengan penggunaan
                   kata hubung dalam perenggan yang pendek.

Asas Numerasi  
  • Keupayaan untuk menyelesaikan operasi asas matematik, memahami idea matematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.



6 Strategi Pelaksanaan Program LINUS
  1. Saringan murid ( Tahun 1 , 2 & 3) : Lembaga Peperiksaan
  2. Pembinaan bahan, modul : Bahagian Pembangunan Kurikulum
  3. Peningkatan kemahiran pedagogi guru : Bahagian Pendidikan Guru
  4. Program kesedaran sekolah dan komuniti : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
  5. Pemantauan, penyeliaan & penilaian : Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
  6. Mewujudkan FasiLINUS : BPSH, BPG dan PPD

Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang PROGRAM LINUS dan diharap agar ia dapat menambahkan lagi kefahaman dan kesedaran pada masyarakat betapa pentingnya dan harapan dan impian kerajaan untuk melihat semua murid yang berada di sekolah rendah dapat membaca, menulis dan mengira sebelum menginjak kaki ke sekolah menengah. Insyaallah.

Untuk merealisasikan impian kerajaan untuk membasmi LINUS TEGAR , satu kem LINUS telah diadakan
selama 2 hari iaitu pada 6 & 7 Oktober 2011 bertempat di Dewan Sri Tapou PPD MUKAH.Program yang melibatkan penglibatan pakar literasi dan numerasi iaitu pensyarah dari IPGM Kampus Rajang seramai 5 orang, ibu bapa murid Linus, guru literasi, guru numerasi, guru pemulihan khas dan sudah semestinya murid LINUS seramai 12 orang. Kem selama 2 hari ini berjalan lancar dan yang pentingnya ibu bapa dan guru mendapat input terus daripada pensyarah dan melakukan aktiviti bersama-sama dengan murid. Ia juga mendedahkan kepada ibu bapa bagaimana hendak membantu anak belajar dan "tackle" anak untuk belajar.
Dengan kerjasama ibu bapa dan komitmen yang jitu daripada pihak sekolah, kita berharap agar program ini berjaya dan dapat merealisasikann impian dan harapan kerajaan iaitu pada Tahun 2012 semua murid akan menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mendapat pendidikan rendah.
Jom kita tengok beberapa aktiviti yang telah dijalankan semasa kem LINUS diadakan.



                                                        Pendaftaran  guru, ibu bapa dan murid

                                           

                                          perasmian kem Linus oleh Pen. PPD dan pensyarah
                                          dari IPGM Kampus Rajang  iaitu pensyarah
                                          motivasi, literasi dan numerasi


                                       
                                              guru linus, ibu bapa dan murid mendengar
                                              penerangan tentang perjalanan  kem Linus


                                                          pre test  numerasi

                                                            pre test numerasi


                                     

                                           perbincangan  antara guru linus dengan fasilinus
                                           
                                                     wajah-wajah kesayangan hamba
                                        
                                                   murid-murid Linus sedang menyanyi

                                                   seronok memerhatikan kawan menyanyi


                                                          tekun menyiapkan pre test


                                                    pret test oleh pensyarah Literasi

                                      

                                            pensyarah Literasi khusyuk memberi penerangan
                                            kepada guru dan ibu bapa


                                     
                                            guru linus dan ibu bapa mendengar penerangan
                                           aktiviti daripada pensyarah
                            

                                                         wajah guru-guru Linus


                                                 sedang melakukan aktiviti Literasi sambil diberi
                                                 penerangan oleh pensyarah Literasi

                                       
                                                guru linus bermain aktiviti literasi bersama murid
                                          

                                    

                                               guru sedang menjalankan aktiviti literasi besama murid
                                               linus

                                         salah seorang murid Linus sedang membaca perkataan
                                    
                                         
                                          
                                            memerhatikan gambar sambil membaca


                                    
                                            tengah mendengar arahan daripada pensyarah
                                          

                                                sedang melakukan aktiviti numerasi
                                     
                                 

                                                      seronok bermain dengan nombor
                                          

                                                         wajah Fasilinus PPD Mukah.
                                     


                    Itulah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama murid, guru dan ibu bapa. Sebarang komen sangat-sangatlah dialukan. Mana tahu ia dapat dijadikan panduan ataupun idea yang bernas yang boleh kita gunakan untuk membantu murid -murid yang lemah dalam pembelajarannya. Insyaallah.
                                      

Sunday, 9 October 2011

Kem LINUS 2011

             Pada 6-7 September 2011 PPD Mukah telah menganjurka Kem Linus 2011 bertempat di Dewan Sri Tapou PPD Mukah.Kem ini Melibatkan 5 orang pensyarah dari IPGM Kampus Rajang,27 Orang guru literasi,numerasi dan guru pemulihan khas,ibu bapa dan 12 orang murid LINUS tegar dari Daerah Mukah.Kem ini diadakan bertujuan untuk memberi panduan dan gambaran kepada guru bagaimana hendak membantu memulihkan murid tegar menguasai kostruk satu dan dua literasi dan numerasi.Berikut aktiviti yang telah dijalan :-

 Fasilinus PPD Mukah

 Kem Linus 2011

 Pre test Literasi

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

 Murid-murid tekun menyiapkan pre test.

 Menyanyi bersama pensyarah

 Aktiviti Literasi Suku kata terbuka

 Bermain sambil belajar.

 Lisan Literasi.

 Membantu dalam sebutan huruf.

Aktiviti numerasi.