Sunday, 11 December 2011

REFLEKSI MIKROPENGAJARAN

 
Mikropengajaran Bahasa Melayu melibatkan murid Tahun 2 Dynamic seramai 10 orang.Mereka belajar tentang penjodoh bilangan yang biasa mereka lihat dan benda yang ada dipersekitaran mereka. 

 Pendahuluan

       
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.    Aktiviti pembelajaran seperti  set  induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,  variasi rangsangan, peneguhan,  penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap (‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.

          Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.

           Pengajaran mikro membolehkan guru melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka.   Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.

 Definisi Pengajaran Mikro

            Pengajaran Mikro (PM)- satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi /motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapor, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.

           Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan.       Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.

 Definisi refleksi

          Menurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.


       Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

 REFLEKSI MIKROPENGAJARAN

1. Apakah tema atau isu yang muncul dari maklum balas pensyarah dan rakan tentang pengajaran  saya?

           Dalam pengajaran mikro yang mengambil masa 10 minit saya telah mengambil tajuk tatabahasa iaitu penjodoh bilangan. Bilangan murid yang terlibat  adalah 8 orang daripada Tahun 2 Dynamic.

           Saya mengambil tajuk penjodoh bilangan, dengan harapan murid telah didedahkan dengan tajuk ini dan berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada murid. Semasa proses prngajaran dan pmbelajaran berjalan, setiap murid dapat menyatakan beberapa contoh penjodoh bilangan yang mereka telah pelajari. Ini memberi gambaran yang mereka memahami dan dapat menyatakan penjodoh bilangan yang betul dengan pasangannya.

           Walaupun terdapat dua atau tiga orang murid yang masih keliru dengan penggunaan penjodoh bilangan, namun ia dapat diatasi dengan membuat pembetulan dan penerangan daripada guru dan rakan sebaya. Murid-murid juga suka bertanya di kalangan mereka sendiri apabila timbul sebarang ketidakfahaman tentang penjodoh bilangan yang dipelajari.

20

Sunday, 20 November 2011

LITERASI DAN NUMERASI



Assalamualaikum dan selamat bersua kembali dalam ruangan LINUS.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas Literasi dan Numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan.Program Literasi dan Numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dengan lebih teliti dan sistematik. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi sebelum berakhir persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program Linus dijangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

Apakah Literasi ?
Literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Konstruk Literasi.
  • konstruk 1  : keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
  • konstruk 2  : keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
  • konstruk 3  : keupayaan membaca dan menulis suku perkataan suku kata terbuka.
  • konstruk 4  : keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
  • konstruk 5  : keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
  • konstruk 6  : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup "ng".
  • konstruk 7  : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
  • konstruk 8  : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
  • konstruk 9  : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan                             berganding.
  • konstruk 10: keupayaan membaca dan menulis perkataan perkataan yang berimbuhan awalan                                   dan akhiran.
  • konstruk 11: keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
  • konstruk 12: keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Apakah Numerasi ?
Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melakukan operasi matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian mengikut bahasa pengantar di sekolah.
Konstruk Numerasi:
  • konstruk 1  :  keupayaan pra nombor dan mengenal angka.
  • konstruk 2  :  keupayaan membilang.
  • konstruk 3  :  keupayaan memahami nilai nombor.
  • konstruk 4  :  keupayaan membuat seriasi.
  • konstruk 5  :  keupayaan mengenal mata wang Malaysia.
  • konstruk 6  :  keupayaan menyatakan waktu.
  • konstruk 7  :  keupayaan mengendalikan operasi asas.
  • konstruk 8  :  keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia.
  • konstruk 9  :  keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
  • konstruk 10:  keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.
  • konstruk 11:  keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian                                        terhad kepada nombor bulat.
  • konstruk 12:  keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian                                        melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.              
                               
Proses Saringan:
  1. Semua instrumen saringan dibina oleh LP tetapi proses saringan dilaksanakan oleh guru secara individu atau kumpulan kecil murid.
  2. Proses saringan dilaksanakan secara standard, dijalankan secara serentak terhadap semua murid dengan kaedah pengendalian dan jadual yang sama.
  3. Proses saringan boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  4. Saringan mesti dilaksanakan oleh guru.
Berikut ada beberapa contoh bahan bantu mengajar: