Mikropengajaran Bahasa Melayu melibatkan murid Tahun 2 Dynamic seramai 10 orang.Mereka belajar tentang penjodoh bilangan yang biasa mereka lihat dan benda yang ada dipersekitaran mereka.
Pendahuluan
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap (‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap (‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.
Pengajaran mikro membolehkan guru melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.
Definisi Pengajaran Mikro
Pengajaran Mikro (PM)- satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi /motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapor, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.
Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.
Definisi refleksi
Menurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.
Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.
REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
1. Apakah tema atau isu yang muncul dari maklum balas pensyarah dan rakan tentang pengajaran saya?
Dalam pengajaran mikro yang mengambil masa 10 minit saya telah mengambil tajuk tatabahasa iaitu penjodoh bilangan. Bilangan murid yang terlibat adalah 8 orang daripada Tahun 2 Dynamic.
Saya mengambil tajuk penjodoh bilangan, dengan harapan murid telah didedahkan dengan tajuk ini dan berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada murid. Semasa proses prngajaran dan pmbelajaran berjalan, setiap murid dapat menyatakan beberapa contoh penjodoh bilangan yang mereka telah pelajari. Ini memberi gambaran yang mereka memahami dan dapat menyatakan penjodoh bilangan yang betul dengan pasangannya.
Walaupun terdapat dua atau tiga orang murid yang masih keliru dengan penggunaan penjodoh bilangan, namun ia dapat diatasi dengan membuat pembetulan dan penerangan daripada guru dan rakan sebaya. Murid-murid juga suka bertanya di kalangan mereka sendiri apabila timbul sebarang ketidakfahaman tentang penjodoh bilangan yang dipelajari.
20
No comments:
Post a Comment