Sunday 20 November 2011

LITERASI DAN NUMERASI



Assalamualaikum dan selamat bersua kembali dalam ruangan LINUS.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas Literasi dan Numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan.Program Literasi dan Numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dengan lebih teliti dan sistematik. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi sebelum berakhir persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program Linus dijangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

Apakah Literasi ?
Literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Konstruk Literasi.
  • konstruk 1  : keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
  • konstruk 2  : keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
  • konstruk 3  : keupayaan membaca dan menulis suku perkataan suku kata terbuka.
  • konstruk 4  : keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
  • konstruk 5  : keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
  • konstruk 6  : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup "ng".
  • konstruk 7  : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
  • konstruk 8  : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
  • konstruk 9  : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan                             berganding.
  • konstruk 10: keupayaan membaca dan menulis perkataan perkataan yang berimbuhan awalan                                   dan akhiran.
  • konstruk 11: keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
  • konstruk 12: keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Apakah Numerasi ?
Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melakukan operasi matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian mengikut bahasa pengantar di sekolah.
Konstruk Numerasi:
  • konstruk 1  :  keupayaan pra nombor dan mengenal angka.
  • konstruk 2  :  keupayaan membilang.
  • konstruk 3  :  keupayaan memahami nilai nombor.
  • konstruk 4  :  keupayaan membuat seriasi.
  • konstruk 5  :  keupayaan mengenal mata wang Malaysia.
  • konstruk 6  :  keupayaan menyatakan waktu.
  • konstruk 7  :  keupayaan mengendalikan operasi asas.
  • konstruk 8  :  keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia.
  • konstruk 9  :  keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
  • konstruk 10:  keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.
  • konstruk 11:  keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian                                        terhad kepada nombor bulat.
  • konstruk 12:  keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian                                        melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.              
                               
Proses Saringan:
  1. Semua instrumen saringan dibina oleh LP tetapi proses saringan dilaksanakan oleh guru secara individu atau kumpulan kecil murid.
  2. Proses saringan dilaksanakan secara standard, dijalankan secara serentak terhadap semua murid dengan kaedah pengendalian dan jadual yang sama.
  3. Proses saringan boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  4. Saringan mesti dilaksanakan oleh guru.
Berikut ada beberapa contoh bahan bantu mengajar:


















 


























1 comment:

  1. AS salam cikgu, mohon pencerahan yang terbaru bagi program LINUS 2014?mohon pencerahan ..
    TERMIA KASIH

    ReplyDelete